MYKASIH 2025 BILA BAYAR : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)
Penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan secara tunai mahupun secara tanpa tunai. Termasuk bantuan tambahan di bawah program MyKasih yang akan dibayar selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan bagi tahun 2025 ini.
Bagaimanakah cek mykasih bila dibayar dan cek status layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA MYKASIH RM100 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
MYKASIH 2025 BILA BAYAR
Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dibayar mengikut jadual seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | ** Januari 2025 sehingga ** Disember 2025 |
Penerima Baharu | ** April 2025 sehingga ** Disember 2025 |
MYKASIH 2025 CARA BAYAR
Cara pembayaran Bantuan MyKasih lazimnya mengikut negeri seperti berikut :
- Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia :
- Dibayar secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
- Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui akaun bank penerima dua kali setahun.
MYKASIH 2025 JUMLAH BAYARAN
Jumlah Bantuan MyKasih yang akan dibayar adalah bergantung kepada kelayakan setiap penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Isi Rumah : RM1,200 setahun Bujang : RM600 setahun Warga Emas : RM1,200 setahun |
Penerima Baharu | Isi Rumah : RM900 setahun Bujang : Tiada Warga Emas : RM450 setahun |
CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH 2025
Sekiranya anda ingin mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKasih bagi tahun 2025, sila ikuti panduan cek status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
- Selesai.
Bagi paparan status ‘Tiada Rekod Maklumat’, sila cek pada pautan di bawah :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran MyKasih akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.