MYSARA SEMAK 2026 : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN BULANAN

MYSARA SEMAK 2026 : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN BULANAN

Bayaran bulanan Bantuan MySARA disalurkan kepada rakyat dewasa Malaysia yang berkelayakan sahaja. Namun, jumlah dan tarikh bayaran adalah mengikut kepada kelayakan penerima dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah semak status kelayakan dan bayaran bulanan MySARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN HASIL STR : FASA 3 2026 SEMAKAN KELAYAKAN, TARIKH & JUMLAH DIBAYAR

JUMLAH BAYARAN MYSARA 2026

Jumlah bayaran Bantuan MySARA ditentukan berdasarkan kelayakan dan kategori penerima seperti berikut :

PENERIMA B40PENERIMA M40
Isi Rumah :
RM200 setiap bulan
Isi Rumah :
RM100 setiap bulan
Warga Emas :
RM150 setiap bulan
Warga Emas :
RM50 setiap bulan
Bujang :
RM100 setiap bulan
Bujang :
RM50 setiap bulan

JADUAL BAYARAN MYSARA 2026

Isi rumah, warga emas dan bujang yang layak akan terima bayaran Bantuan MySARA pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Isi Rumah (B40 & M40)
dan
Warga Emas (B40 & M40)
09/01/2026
01/02/2026
01/03/2026
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026
Bujang (B40 & M40)16/01/2026
01/02/2026
01/03/2026
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026

CARA BAYARAN MYSARA 2026

Penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan MySARA dengan cara yang sama seperti berikut :

KATEGORI PENERIMACARA BAYARAN
Isi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
(B40 & M40)
Terima bayaran secara ansur
setiap bulan dikreditkan
melalui Kad Pengenalan
penerima yang boleh digunakan
untuk beli barang keperluan
asas secara tanpa perlu buat
pengeluaran tunai

MYSARA SEMAK 2026

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan dan bayaran bulanan Bantuan MySARA boleh buat semakan secara atas talian (online) mengikut panduan di bawah :

  1. Layari laman sesawang rasmi MySARA di sini : https://sara.gov.my/.
  2. Pada halaman utama MySARA, klik [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan*.
  4. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  5. Klik pula pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment