KEMASKINI STR 2025 : PANDUAN LENGKAP UBAH ATAU TAMBAH MAKLUMAT DIRI DAN PENDAPATAN SUPAYA LULUS BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

KEMASKINI STR 2025 : PANDUAN LENGKAP UBAH ATAU TAMBAH MAKLUMAT DIRI DAN PENDAPATAN SUPAYA LULUS BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik pemberian bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kepada golongan berpendapatan rendah dengan penyaluran bayaran sehingga RM2,500 bagi Kategori Isi Rumah.

Bagaimanakah kemaskini permohonan str 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SKAS BANTUAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN 2025 SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SIAPAKAH PERLU KEMASKINI PERMOHONAN STR 2025

Pengemaskinian maklumat asas permohonan STR perlu dilakukan sekiranya:

  1. Penerima dan Pemohon mempunyai PERUBAHAN Maklumat Asas Terkini seperti:
    • No. Telefon Rumah;
    • No. Telefon Bimbit;
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat;
    • Alamat e-Mel;
    • Maklumat No Telefon Pasangan;
    • Maklumat Waris;
  2. Belum kemaskini permohonan selama tiga (3) tahun berturut-turut.

TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN STR

Pengemaskinian Maklumat Asas Terkini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan bila-bila masa sahaja bermula 22 Januari 2025 dan sepanjang tahun.

TUJUAN KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN STR 2025

Pengemaskinian Maklumat Asas permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) amat penting untuk memastikan semakan status bayaran penerima adalah berstatus LULUS dan melancarkan proses pemberian bantuan kepada penerima.

KAEDAH KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN STR 2025

Kemaskini Maklumat Asas Permohonan STR 2025 boleh dilalkukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDNM; atau
  • Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Borang kemaskini maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui Portal Rasmi STR LHDNM atau di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

PORTAL KEMASKINI MAKLUMAT STR SECARA ONLINE

Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT STR 2025 SECARA ONLINE

Panduan lengkap kemaskini maklumat STR 2025 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
  3. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  4. Setelah berjaya Log masuk portal rasmi STR, klik pada [Perubahan Maklumat Asas].
  5. Kemaskini Maklumat Asas berikut dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat:
    • No. Telefon Rumah
    • No. Telefon Bimbit
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat
    • Alamat e-Mel
    • Maklumat No Telefon Pasangan
    • Maklumat Waris
  6. Kemudian, klik [Simpan]
  7. Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR TAHUN 2025

Kadar bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 4 Anak : RM 2,000
5 Anak Keatas: RM 2,500
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 4 Anak : RM 1,000
5 Anak Keatas : RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 600

Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).

CARA PENGKREDITAN BAYARAN STR KEPADA PENERIMA

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment