JUMLAH WANG STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN YANG AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LULUS PERINGKAT FASA 1
Wang Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) peringkat fasa pertama (1) bayaran telah mula dikreditkan kepada pemohon yang cukup syarat kelayakan dan lulus permohonan. Jumlah yang akan diterima juga sepadan dengan kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah cek jumlah wang STR yang akan diterima pemohon yang lulus peringkat fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYSTR 2026 : FASA 1
JUMLAH WANG STR 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 akan dibayar kepada pemohon yang layak bermula RM200 hingga RM2,200 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026
Daripada jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM200 hingga RM2,200, Kerajaan akan agihkan bayaran secara berperingkat dan bayaran fasa 1 adalah sebanyak jumlah berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM400 >5 anak : RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM100 1-2 anak : RM100 3-4 anak : RM150 >5 anak : RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
JADUAL PEMBAYARAN WANG STR 2026
Pelaksanaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 akan dilaksanakan berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual seperti di bawah :
| PERINGKAT FASA | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula : 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Fasa 2 | Belum diumumkan |
| Fasa 3 | Belum diumumkan |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
KAEDAH PEMBAYARAN WANG STR 2026
Untuk mudahkan penerima yang ada akaun bank mahupun yang tiada akaun bank, Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut dua (2) kaedah berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Pembayaran melalui IBG Credit terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan) |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ (termasuk penerima di Sabah & Sarawak) | Pembayaran tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
CEK STATUS BAYARAN STR 2026
Bagaimanapun, status kelayakan dan status bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ‘Dalam Proses Kredit’ atau ‘Telah Dikredit’ atau ‘Gagal Kredit’ boleh disemak secara online seperti panduan di bawah :
| PORTAL RASMI | LINK |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Pada halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR), klik pada [Log Masuk].
- Halaman Log Masuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda pada ruang disediakan.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Nama anda akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah dan betul.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan status bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.