JUMLAH WANG BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK KADAR BAYARAN AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1
Bantuan Kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bantuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk sesi 2026 dengan penambahbaikan bagi memastikan mereka terus menerima bantuan selayaknya.
Berapakah jumlah wang bantuan str dibayar 2026? Ikuti Info lanjut disini.
PENERIMA WANG BANTUAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH WANG BANTUAN STR DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Tarikh bayaran Fasa 1, 2026 belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
JUMLAH WANG BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Amaun Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Pembayaran dilaksanakan melalui Program SARA |
Jumlah bantuan di atas merupakan kadar kelayakan maksimum yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2026. Amaun pembayaran untuk FASA 1 BELUM DIUMUMKAN dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KADAR WANG TAMBAHAN BANTUAN STR
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima bantuan tambahan bulanan yang dilaksanakan di bawah Program SARA, dengan amaun seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR EKASIH | PENERIMA STR BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 Sebulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
Bantuan tambahan STR melalui Program SARA akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan asas.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
CARA BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]