JUMLAH STR BUJANG 2027 : RM600 HINGGA RM1200
Untuk pengetahuan umum, bagi kategori bujang berumur bawah 60 tahun, kerajaan tidak lagi memberikan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai seperti sebelum ini. Sebagai gantinya, penerima akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 hingga RM1,200 dalam bentuk kredit yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.
Bagaimanakah kelayakan dan jumlah STR bujang? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA KEMASKINI STR 2027 – UNTUK PENERIMA SEDIA ADA
JUMLAH STR BUJANG 2027
Penerima STR Bujang hanya akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak berikut :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang Penerima Asas | RM600 setahun (RM50 setiap bulan) |
| Bujang Penerima e-Kasih | RM1,200 setahun (RM100 setiap bulan) |
KELAYAKAN STR BUJANG 2027
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan;-
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Bagi yang berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masihbelajar sepenuh masadi Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dantidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
CARA PERMOHONAN STR BUJANG 2027
Namun, untuk menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA), rakyat bujang perlulah mengemukakan permohonan STR seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.