JUMLAH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR FASA 1 2026 : CEK BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON BERSTATUS LAYAK
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 1 akan dilaksanakan seawal bulan Januari dan akan dikreditkan kepada penerima yang layak secara berperingkat. Amaun yang bakal diterima adalah mengikut kategori kelayakan penerima.
Berapakah jumlah duit bantuan str dibayar fasa 1 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKASIH BULANAN 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
JUMLAH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR FASA 1 2026
Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN FASA 1 (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM400 Anak 5 dan Ke atas : RM500 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM100 Anak 1 hingga 2 : RM100 Anak 3 hingga 4 : RM150 Anak 5 dan Ke atas : RM200 |
- Kategori Isi Rumah
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN FASA 1 (RM) |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
| Bujang (Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun) | Bayaran diganti dengan Bantuan SARA |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
TARIKH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR FASA 1 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 1 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| JENIS AKAUN BANK | TARIKH BAYARAN FASA 1 |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Bank Islam | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Bank Rakyat | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Maybank | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Cimb Bank | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Lain-lain bank | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
Bantuan akan disalurkan ke dalam akaun bank penerima yang layak secara berperingkat dan boleh mengambil masa selama tiga (3) hingga lima (5) hari selepas tarikh pembayaran diumumkan.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA DUIT BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA KAEDAH PEMBAYARAN | |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia |
| Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak) | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf