JUMLAH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR : SEMAK KADAR BAYARAN YANG AKAN DIKREDIT KEPADA PENERIMA SEMASA FASA 1
Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang akan diberikan kepada setiap penerima yang layak adalah berbeza mengikut kategori kelayakan masing-masing, serta bila fasa permohonan bantuan mula diluluskan.
Berapakah jumlah bantuan tunai str hasil 2026 dibayar? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI | SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah (Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah) | Kahwin (Ada atau Tiada Anak) atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah) | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak Berumur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang (Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah) | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak Berumur 21-59 tahun Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR
Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang diberikan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (Berkahwin Ada dan Tiada Anak / ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
- Kategori Bujang (Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Berusia 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
| Bujang (Berusia 21 sehingga 59 tahun) | Bantuan digantikan dengan SARA 2026 |
Amaun pembayaran untuk setiap Fasa (1, 2, 3, 4) akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
TARIKH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Fasa 2 | Belum diumumkan |
| Fasa 3 | Belum diumumkan |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
CARA BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf