JUMLAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1
Seiring dengan perubahan peruntukan dan kelayakan penerima, Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 akan dibayar dengan jumlah yang berbeza dari tahun 2025. Jumlah Bantuan STR akan dibayar mengikut kategori dan kelayakan penerima.
Bagaimanakah semak jumlah Bantuan STR dibayar kepada pemohon yang layak? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD B40 2026 (RM200 & RM100 SETIAP BULAN) : CEK LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
JUMLAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Berikut merupakan jumlah Bantuan STR yang akan dibayar untuk semua kategori :
👩❤️👨 Golongan Isi Rumah (Berkahwin / Ibu bapa tunggal) :
| BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM450 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM700 |
| >5 orang | RM2,200 | RM950 |
🧍 Golongan Bujang (Belum Berkahwin / Balu / Duda / Janda) :
| BIL. ANAK | BUJANG UMUR 60 TAHUN KE ATAS | BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN |
|---|---|---|
| Tiada | RM600 | – |
JADUAL BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Lazimnya Bantuan STR dibayar sebelum atau selepas musim perayaan-perayaan besar di Malaysia seperti jadual jangkaan berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN | JANGKAAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Februari 2026 | Sebelum Tahun Baru Cina |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 | Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri |
| Fasa 3 | Ogos 2026 | Sebelum Hari Kebangsaan |
| Fasa 4 | November 2026 | Sebelum Perayaan Deepavali |
KAEDAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Dua (2) kaedah Bantuan STR dibayar untuk memudahkan penerima :
🏦 Dibayar di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau dibayar di mana-mana pusat pemberian seperti di sekolah kepada penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses bank.
atau
📱 Dibayar melalui pengkreditan terus (internet banking) ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan bagi yang mempunyai akaun bank dan memasukkan maklumat akaun semasa permohonan.
SEMAK JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG LAYAK
Ketahui status kelayakan dan semak jumlah Bantuan STR yang layak anda terima untuk tahun 2026. Ikuti cara semak jumlah Bantuan STR dan kelayakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima & jumlah Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan STR.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Untuk info lebih lanjut berkaitan Bantuan STR, sila hubungi talian :
- STR MOF : 03-8882 4565 / 4566
- STR HASiL : 1800 88 2747