JPJ LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kos untuk memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) saban tahun meningkat sejajar dengan peningkatan kos sara hidup. Oleh itu, Kerajaan Malaysia Madani menyediakan peruntukan khas untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara percuma.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima JPJ Lesen Percuma? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BORANG BANTUAN LESEN PERCUMA : MUAT TURUN / DOWNLOAD SEKARANG PENYERTAAN ADALAH TERHAD
JPJ LESEN PERCUMA 2025
Kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewujudkan Program MyLesen B2 iaitu Bantuan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 secara percuma khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan lesen memandu secara sah tanpa sebarang kos.
TUJUAN JPJ LESEN PERCUMA 2025
Antara tujuan elaksanaan Lesen Percuma adalah untuk :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
TARIKH PELAKSANAAN LESEN PERCUMA 2025
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengumumkan tarikh pelaksanaan Lesen Percuma (MyLesen) untuk tahun 2025 ini. Bagaimanapun, bagi mengelakkan terlepas mendapatkan Lesen Percuma, pemohon perlu menyemak di Portal Rasmi JPJ kerana tarikh permohonan adalah berbeza bagi setiap negeri.
STATUS KELAYAKAN PENERIMA JPJ LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan status kelayakan penerima yang layak menerima Lesen Percuma :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
MAKLUMAT LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan maklumat tentang Lesen Percuma yang ditawarkan :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
LANGKAH MEMOHON JPJ LESEN PERCUMA 2025
Ikuti langkah permohonan Lesen Percuma seperti berikut :
- Sila klik pada butang [Download] borang permohonan di atas.
- Borang tersebut boleh dicetak keluar untuk diisi.
- Kemudian, isikan maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Kepilkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan, seperti :
- Salinan Kad Pengenalan;
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan; dan
- Gambar berukuran pasport.
- Seterusnya, pemohon perlu memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan myLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/
mencoba
Assalamualaikum saya ingin memohon lesen percuma diberi oleh kerajaan madani
assalamulaikum saya ingin mohon lesen kereta percuma oleh jpj
A SLM SAYA INGIN MEMOHON LESEN PERUCUMA TAHUN 2025
Assalamualaikum , saya ingin memohon lesen percuma diberi oleh kerajaan madani
Try the Best👍..
Assalamualaikum, saya ingin memohon lesen percuma yang diberi oleh kerajaan Malaysia Madani
ASSALAM,. saya ingin lesen percuma tahun 2025,.