JADUAL BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Penjadualan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan (MOF) yang biasanya dibayar pada musim perayaan atau musim cuti persekolahan bagi membantu meringankan bebanan rakyat.
Bagaimanakah semakan jadual bayaran STR? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN UPU : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
JADUAL BAYARAN STR 2025
Bayaran Bantuan STR dijadualkan seperti berikut :
SENARAI FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 22 Januari hingga 28 Januari 2025 |
FASA 2 | 24 Mac hingga 27 Mac 2025 |
FASA 3 | Akhir Julai hingga Ogos 2025 |
FASA 4 | November 2025 |
WAKTU BAYARAN STR 2025
Lazimnya bayaran Bantuan STR dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu berikut :
BIL. | JENIS AKAUN BANK | WAKTU BAYARAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
4. | Ambank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | Cimb Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
MEDIUM BAYARAN STR 2025
Medium bayaran Bantuan STR masih sama seperti sebelum ini, iaitu dibayar berdasarkan jenis penerima berikut :
JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN STR |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja |
KADAR BAYARAN STR 2025
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan STR yang diberikan kepada setiap kategori :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR 2025 |
---|---|
ISI RUMAH PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | RM1,000 (Tiada anak) RM1,500 (1/2 anak) RM2,000 (3/4 anak) RM2,500 (5 dan ke atas) |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000 | RM500 (Tiada anak) RM750 (1/2 anak) RM1,000 (3/4 anak) RM1,250 (5 dan ke atas) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 |
BUJANG | RM600 |
CARA SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN STR 2025
Semakan status penerima bayaran STR hanya boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah sahaja. Layari pautan di bawah untuk ke halaman utama portal :
PORTAL RASMI | PAUTAN (LINK) |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
Ikuti panduan semakan status dan maklumat bayaran STR Fasa 3 seperti berikut :
- Makluman terkini berkaitan STR akan dipaparkan pada halaman utama portal.
- Klik butang [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.