EWALLET 200 2025 PEMBAYARAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Kemudahan pembayaran bantuan dilakukan oleh kerajaan secara tanpa tunai (cashless) bagi menggalakkan penggunaan aplikasi e-Wallet disamping untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima pembayaran eWallet 200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 1 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM900)
APA ITU EWALLET 200 2025 PEMBAYARAN
Bantuan bernilai RM200 sebulan adalah di bawah inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang dikreditkan ke dalam akaun kad pengenalan (IC) penerima dan bukanlah menerusi aplikasi e-Wallet.
Pemberian Bantuan SARA MyKasih ini adalah khas untuk menampung kos barangan keperluan asas rakyat dan penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan kad pengenalan (IC).
Pihak Kerajaan juga telah menyelaraskan pemberian Bantuan SARA MyKasih kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (IC) penerima bagi setiap bulan.
KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN 200 2025
Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 adalah khas kepada kelayakan penerima seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
TARIKH PEMBAYARAN 200 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih bernilai RM200 adalah pada tarikh seperti berikut :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | RM100 |
2. | Februari 2025 | RM100 |
3. | Mac 2025 | RM100 |
4. | April 2025 | RM200 |
5. | Mei 2025 | RM200 |
6. | Jun 2025 | RM200 |
7. | Julai 2025 | RM200 |
8. | Ogos 2025 | RM200 |
9. | September 2025 | RM200 |
10. | Oktober 2025 | RM200 |
11. | November 2025 | RM200 |
12. | Disember 2025 | RM200 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN 200 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih RM200 sebulan, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
22
Assalamualaikum saya bile dapat str ni ye