EKASIH REGISTER 2025 (DAFTAR & PERMOHONAN ONLINE)
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan dan menambahbaik program-program bantuan bagi tahun 2025 untuk pembasmian kemiskinan khusus untuk rakyat yang berdaftar di bawah pengkalan data Kemiskinan Nasional e-Kasih.
Bagaimanakah cara ekasih register secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LOGIN EKASIH (ONLINE SEMAKAN)
PENGENALAN EKASIH 2025
eKASIH adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.
SENARAI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK EKASIH REGISTER
Untuk register / pendaftaran e-Kasih, maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
- Lokasi Kediaman;
- Tahap Pendidikan;
- Kemahiran dan pekerjaan;
- Harta;
- Kesihatan;
- Bantuan dan pendapatan.
SYARAT KELAYAKAN EKASIH REGISTER
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk register e-Kasih :
- Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa; dan
- Butiran maklumat pemohon yang lengkap.
SENARAI BANTUAN EKASIH 2025
Terdapat beberapa bantuan yang diperuntukan oleh kerajaan pada tahun 2025 untuk disalurkan kepada rakyat yang berdaftar di bawah pengkalan data e-Kasih, antaranya ialah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan bernilai sehingga RM1,200.
EKASIH REGISTER 2025
Individu / orang awam boleh memohon atau mendaftar e-Kasih melalui cara berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon; atau
- Talian e-Kasih :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Talian e-Kasih :
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
- PANDUAN PENDAFTARAN EKASIH ONLINE :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
PEMOHONAN ONLINE 2025
Untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang bernilai sehingga RM1,200, individu perlulah memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
- Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
Macam mana nak register ekasih
Selesai
Saya berkerja tapi gaji saya kurang