DAFTAR PERMOHONAN STR 2027 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON ONLINE
Bagi yang belum kemukakan permohonan atau gagal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026, kini berpeluang untuk menerima bayaran tahun 2027 bernilai sehingga RM4,600 boleh kemukakan permohonan baharu secara online.
Bagaimanakah cara daftar permohonan STR 2027? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA 2027 : JUMLAH & JADUAL BAYARAN
TARIKH PERMOHONAN STR 2027
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerimaan Fasa 1 2027 boleh dikemukakan bermula pada tarikh seperti berikut :
- Bermula 1 Oktober 2026 : Permohonan secara manual melalui borang permohonan di kaunter Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).
- Bermula 15 Oktober 2026 : Permohonan secara online melalui Portal Rasmi MySTR.
SYARAT PERMOHONAN STR 2027
Sebelum buat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila ketahui syarat kelayakan mengikut kategori penerima :
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | -Warganegara Malaysia -Tiada had umur -Berkahwin (ada / tiada anak) -Balu / Bercerai (ada anak) -Pendapatan tidak lebih RM5,000 |
| Warga Emas | -Warganegara Malaysia -Umur 60 tahun & ke atas -Bujang / Balu / Bercerai (tiada tanggungan anak) -Pendapatan tidak lebih RM5,000 |
| Bujang | -Warganegara Malaysia -Umur 21 hingga 59 tahun -OKU umur 19 tahun ke atas -Bujang / Balu / Bercerai (tiada tanggungan anak) -Pendapatan tidak lebih RM2,500 -Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS |
DAFTAR PERMOHONAN STR 2027
Ikuti panduan lengkap cara daftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN STR 2027
Berikut merupakan kadar bayaran penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR (RM) | KADAR BAYARAN SARA (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan <RM2,500 | 0 anak : 200 1 – 2 anak : 600 3 – 4 anak : 1,100 >5 anak : 1,600 | +1,800 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501- RM5,000 | 0 anak : 200 1 – 2 anak : 450 3 – 4 anak : 700 >5 anak : 950 | +1,200 |
| Warga Emas | 600 | +600 |
| Bujang | – | +600 |
JADUAL BAYARAN STR 2027
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 tidak disalurkan secara sekaligus, tetapi disalurkan berfasa seperti jadual berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari 2027 |
| Fasa 2 | Mac 2027 |
| Fasa 3 | Ogos 2027 |
| Fasa 4 | November 2027 |
RUJUKAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.