SEMAK BANTUAN SARA 2027 : JUMLAH & JADUAL BAYARAN
Melihat kepada penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sangat baik oleh 8.1 juta penerima pada tahun 2026, Kerajaan telah menambah baik sistem dan menaikkan jumlah peruntukan untuk tahun 2027 sehingga RM16 billion untuk manfaat lebih 9 juta penerima.
Bagaimanakah semak jumlah dan jadual bayaran Bantuan SARA 2027? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH KREDIT BANTUAN SARA : SEMAK BAKI ONLINE
JUMLAH BANTUAN SARA 2027
Selain bayaran Bantuan SARA setiap bulan, Kerajaan juga akan menyalurkan bayaran Bantuan SARA one-off yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi setiap penerima seperti berikut :
- Bayaran Bantuan SARA Bulanan :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SARA 2027 (RM) | PENERIMA E-KASIH (RM) |
|---|---|---|
| 👰🤵 Isi Rumah (B40) | 1,800 setahun (150 /bulan) | +1,200 setahun |
| 👰🤵 Isi Rumah (M40) | 1,200 setahun (100 /bulan) | – |
| 🧑🦳 Warga Emas | 600 setahun (50 /bulan) | +1,200 setahun |
| 🧑🦱 Bujang | 600 setahun (50 /bulan) | +600 setahun |
- Bayaran Bantuan SARA One-Off :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SARA ONE-OFF (RM) |
|---|---|
| 👰🤵 Semua Isi Rumah | 200 (dua kali bayar) |
| 🧑🦳 Semua Warga Emas | 200 (dua kali bayar) |
| 🧑🦱 Semua Bujang | 200 (dua kali bayar) |
CARA BAYARAN BANTUAN SARA 2027
Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk setiap bulan dan one-off hanya satu (1) cara yang disediakan, iaitu melalui :
| KATEGORI PENERIMA | CARA BAYARAN BANTUAN SARA |
|---|---|
| Semua Kategori | Bayaran secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barang keperluan asas termasuk barang dapur basah dan segar. |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA 2027
Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2027 akan dilaksanakan secara ansur setiap bulan dan one-off dua (2) kali bayaran mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN 2027 |
|---|---|
| Bayaran Bulanan | Januari 2027 Februari 2027 Mac 2027 April 2027 Mei 2027 Jun 2027 Julai 2027 Ogos 2027 September 2027 Oktober 2027 November 2027 Disember 2027 |
| Bayaran One-Off | Februari 2027 Ogos 2027 |
SENARAI BARANG BANTUAN SARA 2027
Selain jumlah Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dinaikan, barang-barang yang boleh dibeli juga ditambah dengan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Makanan Sejuk beku :
- Burger, nuget, bebola daging, roti canai dan sebagainya
- Barang makanan ringan :
- Roti, biskut, bijirin, mie dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
- Barang basah & segar (Baharu) :
- Ayam, ikan, sotong, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
SEMAK BANTUAN SARA 2027
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA (SARA) untuk tahun 2027 masih belum dinyatakan. Namun, ianya boleh disemak melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Layari laman web rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/ms/.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Isikan ruangan yang disediakan dengan No. Kad Pengenalan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan terkini akan dipaparkan.
- Selesai.
SALURAN RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Belanjawan 2027 dan Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.