CHECK STATUS PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK

CHECK STATUS PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK

Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka untuk sepanjang tahun dan rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan pada bila-bila masa sahaja dan setakat ini seramai lebih 8.3 juta pemohon yang disahkan layak menerima bayaran dari fasa ke fasa.

Bagaimanakah cara check status permohonan STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA RAHMAH – SETIAP BULAN DALAM MYKAD

KADAR BAYARAN STR

Supaya setiap penerima menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) selayaknya, Kerajaan menyalurkan bayaran dengan kadar yang mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR
2026
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM600
Bujang / Balu / Bercerai
(tiada anak)
Diganti bayaran SARA

JADUAL BAYARAN STR

Setakat ini, bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa Satu (1)20 – 27 Januari 2026
Fasa Dua (2)10 – 30 Mac 2026
Fasa Tiga (3)Ogos 2026
Fasa Empat (4)November 2026

MEDIUM BAYARAN STR

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan melalui dua (2) medium yang mengikut jenis-jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankBayaran secara pengkreditan tunai
terus ke dalam akaun bank
(mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan STR)
Penerima Tiada Akaun BankBayaran secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR

Kelulusan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori Isi Rumah :
    • Tiada had umur;
    • Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak);
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Kategori Warga Emas :
    • 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan (bujang / balu / bercerai);
    • Pendapatan bawah RM5,000 sebulan.
  • Kategori Bujang :
    • 21 hingga 59 tahun;
    • Belum berkahwin atau Balu / Bercerai (tiada anak);
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

CHECK STATUS PERMOHONAN STR

Rujuk panduan lengkap cara check status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui laman web rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment