SEMAK BANTUAN TUNAI BUDI – STATUS BAYARAN

SEMAK BANTUAN TUNAI BUDI – STATUS BAYARAN

Bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, Kerajaan memperkenalkan Bantuan BUDI MADANI yang disalurkan secara tunai bagi membendung kenaikkan kos sara hidup dan mengekang aktiviti penyelupan serta ketirisan subsidi rakyat.

Bagaimanakah cara semak status bayaran Bantuan Tunai BUDI? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : KADAR PEMBELIAN BARANG MYKASIH – SEMAK SEKARANG !

APA ITU BANTUAN TUNAI BUDI?

Bantuan Tunai Budi atau rasminya Bantuan Budi Madani Diesel adalah merupakan bantuan subsidi bersasar Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang terkesan dan supaya subsidi minyak Diesel hanya dapat dinikmati oleh yang benar-benar layak.

JUMLAH BANTUAN TUNAI BUDI

Bantuan Tunai BUDI Diesel untuk Individu akan dibayar dengan jumlah sebanyak berikut :

JUMLAH BANTUANCARA BAYARAN
RM300 setiap bulanPengkreditan terus ke
dalam akaun bank penerima
atau
bayaran secara tunai di
kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) bagi penerima
yang tiada akaun bank

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BUDI

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai BUDI Diesel individu :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tahunan individu / pasangan tidak melebihi RM100,000 setahun;
  • Mempunyai kenderaan Diesel atas nama sendiri;
  • Pemilikan kenderaan Diesel berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia;
  • Kenderaan mempunyai cukai jalan yang aktif dan sah;
  • Bukan kenderaan Diesel mewah.

*Syarat kelayakan untuk Budi Kenderaan Awam / Pengangkutan dan Budi Agri-Komoditi adalah berbeza dan perlu disemak di Portal Rasmi BUDI MADANI.

SEMAK BANTUAN TUNAI BUDI

Bagi individu yang telah kemukakan permohonan Bantuan Tunai BUDI Diesel, boleh semak status kelayakan dan status bayaran seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BUDI MADANI di sini : https://budidiesel.gov.my/.
  2. Portal Rasmi BUDI MADANI akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Lihat pada ‘BUDI Individu’.
  5. Klik pada butang [Mohon Di Sini].
  6. Masukkan Nombor MyKad pemohon.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh format : 9002021234567.
  7. Klik pada butang [Semak].
  8. Bagi yang telah mendaftar, Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
  9. Klik [Ya] dan masukkan Kata Laluan yang sah.
  10. Klik butang [Log Masuk].
  11. Semak status bayaran terkini BUDI Diesel.
  12. Status bayaran akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Budi Madani Diesel, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budidiesel.gov.my/.

Leave a Comment