CHECK STATUS MYKASIH SARA – KELAYAKAN & BAYARAN 2026

CHECK STATUS MYKASIH SARA – KELAYAKAN & BAYARAN 2026

Program Bantuan MyKasih SARA tetap diteruskan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan pendapatan rendah seperti B40 dan M40. Dengan bayaran setiap bulan, penerima dapat menampung perbelanjaan untuk diri dan seisi keluarga.

Bagaimanakah check status MyKasih SARA? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN MYSALAM – TUNTUTAN 2026

JUMLAH PENERIMA MYKASIH SARA

Untuk tahun 2026, penerima yang terpilih layak menerima Bantuan MyKasih SARA adalah direkodkan seramai 8.1 juta merangkumi kategori-kategori berikut :

  • Kategori Isi Rumah : 3.7 juta penerima.
  • Kategori Bujang : 3.1 juta penerima.
  • Kategori Warga Emas : 1.3 juta penerima.

NILAI BAYARAN MYKASIH SARA

Nilai Bantuan MyKasih SARA yang dibayar kepada isi rumah, bujang dan warga emas adalah berbeza mengikut kelayakan penerima B40 dan M40 seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN UNTUK
PENERIMA B40
BAYARAN UNTUK
PENERIMA M40
Isi RumahRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
BujangRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
Warga EmasRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

JADUAL BAYARAN MYKASIH SARA

Berikut merupakan jadual pembayaran Bantuan MyKasih SARA yang dilaksanakan pada setiap bulan :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.9 – 16 Januari 2026, Jumaat
2.1 Februari 2026, Ahad
3.1 Mac 2026, Ahad
4.1 April 2026, Rabu
5.1 Mei 2026, Jumaat
6.1 Jun 2026, Isnin
7.1 Julai 2026, Rabu
8.1 Ogos 2026, Sabtu
9.1 September 2026, Selasa
10.1 Oktober 2026, Khamis
11.1 November 2026, Ahad
12.1 Disember 2026, Selasa

KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA

Penerima Bantuan MyKasih SARA dipilih secara automatik berdasarkan syarat dan kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Had Umur :
    • Isi Rumah : 18 tahun dan ke atas;
    • Bujang : 21 hingga 59 tahun;
    • Warga Emas : 60 tahun dan ke atas.
  • Kadar Pendapatan :
    • Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih; atau
    • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2026.

CHECK STATUS MYKASIH SARA

Ikuti panduan lengkap cara check status penerima Bantuan SARA melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment