CHECK MY SARA ONLINE : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA
Status kelayakan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak dengan mudah dan cepat secara online di Portal Rasmi SARA tanpa memerlukan semakan secara fizikal di pejabat Hasil.
Bagaimanakah check my sara online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA B40 2026
PORTAL ONLINE MY SARA
Berikut merupakan Portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
| PORTAL | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
KEGUNAAN PORTAL ONLINE MY SARA
Laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) penting untuk digunakan oleh penerima bantuan untuk tujuan seperti :
- Semakan Status Kelayakan;
- Semakan Baki Bulanan;
- Semakan Tarikh Akhir/Luput Kredit Bantuan;
- Semakan Senarai Barangan Yang Diluluskan;
- Semakan Senarai Kedai atau Pasar Raya Berdaftar;
CHECK AMAUN BULANAN MY SARA
Jumlah kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan Total Setahun : RM2,400 | RM100 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,800 | RM50 Setiap Bulan Total Setahun : RM600 |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,200 | RM50 Setiap Bulan Total Setahun : RM600 |
CHECK TARIKH BAYARAN & TEMPOH SAH DUIT MY SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | TARIKH SAH/AKHIR |
|---|---|
| 9 Januari 2026 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | Sah digunakan sehingga 31 Disember 2026 |
CARA CHECK KELAYAKAN MY SARA ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Status Kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026