CARA SEMAK STR FASA 4 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Setelah permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemukakan, tentunya status kelayakan sama ada layak atau tidak menerima bayaran Fasa 4 menjadi tanda tanya oleh semua pemohon sedia ada dan pemohon baharu. Semakan boleh dilakukan terus secara online melalui portal rasmi yang disediakan oleh Kerajaan.
Bagaimanakah cara semak STR Fasa 4 2026? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA : BILA STR FASA 4 DIBAYAR : SEMAK JADUAL & STATUS BAYARAN 2026
CARA SEMAK STR FASA 4 2026
Bagi pemohon sedia ada atau pemohon baharu yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, ikuti cara semakan yang betul seperti panduan di bawah :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan dan status bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
NILAI BAYARAN STR FASA 4 2026
Isi Rumah B40, M40 dan warga emas tiada pasangan akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dengan nilai sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM400 >5 anak : RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : tiada 1 – 2 anak : RM50 3 – 4 anak : RM150 >5 anak : RM250 |
| Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000 (Tiada Pasangan) | Tiada anak : RM150 |
MEDIUM BAYARAN STR FASA 4 2026
Berikut merupakan medium bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerima Fasa 4 :
| MEDIUM BAYARAN | KHUSUS UNTUK PENERIMA |
|---|---|
| Pengkreditan dalam akaun bank | Penerima yang ada akaun bank atas nama sendiri serta maklumat akaun lengkap dalam permohonan STR |
| Penunaian di kaunter bank | Penerima yang tiada akaun bank atau maklumat akaun tidak lengkap atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’ |
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2026
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Oktober – November 2026 |
| Penerima Baharu | November 2026 |
PERTANYAAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.