CHECK DUIT STR FASA 1 2026 : SEMAK AMAUN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA PENERIMA BERSTATUS LAYAK
Amaun Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar kepada penerima yang berstatus layak Fasa 1 adalah bermula RM100 (minimum) sehingga sebanyak RM500 (maksimum) gantung kepada kategori dan kelayakan seperti kadar pendapatan dan bilangan tanggungan.
Bagaimaakah cara check duit STR Fasa 1 yang akan dibayar kepada penerima yang layak? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.
KADAR AMAUN PERUNTUKAN STR FASA 1 2026
Peruntukan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 melibatkan sebanyak RM1.1 billion yang dibahagikan kepada penerima-penerima yang layak sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH YANG LAYAK | KADAR PERUNTUKAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 2.7 juta penerima | RM0.8 billion |
| Isi Rumah M40 | 1.0 juta penerima | RM0.1 billion |
| Warga Emas | 1.3 juta penerima | RM0.2 billion |
| Bujang | 3.1 juta penerima | – |
CHECK DUIT STR FASA 1 2026
Untuk mengetahui status bayaran dan berapa amaun Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar Fasa 1, ikuti cara check status seperti di bawah :
- Layari laman web rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Anda akan dipaparkan ‘Selamat Datang Ke Sumbangan Tunai Rahmah’
- Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Terus klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Jika kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk ketahui status kelayakan dan berapa amaun yang dibayar, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan amaun Bantuan STR yang dibayar Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
AMAUN DUIT STR YANG DIBAYAR FASA 1 2026
Berikut merupakan amaun duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar Fasa 1 mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN STR STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM400 >5 anak : RM500 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM100 1-2 anak : RM100 3-4 anak : RM150 >5 anak : RM200 |
| Warga Emas | RM150 |
| Bujang | – |
TARIKH STR DIBAYAR FASA 1 2026
Fasa 1 bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah mula dilaksanakan pada tarikh :
| CARA BAYARAN | TARIKH STR DIBAYAR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Pengkreditan terus ke kaunter bank penerima | 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
INFO LANJUT STR
Untuk sebarang pertanyaan atau untuk info lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.