CEK STATUS BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)
Bantuan SARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan bersasar yang disalurkan setiap bulan melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam MyKad penerima untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah cara cek status Bantuan SARA 2025? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KRITERIA KELAYAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA 2025
Pemberian Bantuan SARA bagi tahun 2025 adalah terbahagi kepada dua (2) kriteria kelayakan seperti berikut :
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Asas Bukan Miskin STR :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JADUAL PENERIMAAN BANTUAN SARA 2025
Penerimaan bayaran Bantuan SARA bagi tahun 2025 adalah dijadualkan seperti berikut :
PENERIMA SARA (MISKIN & MISKIN TEGAR) | PENERIMA SARA (ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Jumlah bayaran Bantuan SARA 2025 adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima SARA (Miskin dan Miskin Tegar) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun |
BUJANG | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- Penerima SARA (Asas Bukan Miskin) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
CEK STATUS BANTUAN SARA 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima bayaran Bantuan SARA bagi tahun 2025, ikuti panduan cek status di dua (2) pautan portal rasmi berikut :
- Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.