KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Untuk pembayaran Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) fasa yang pertama (1) hanya akan memanfaatkan seramai 100,000 ribu sahaja rakyat Sabah yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Bagaimanakah semakan kelayakan Bantuan Sabah RM300? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : REGISTRATION BANTUAN SABAH RM300 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR

APA ITU BANTUAN SABAH 2025

Bantuan Sabah atau rasminya dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM358.5 juta untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.

Selain membantu dari segi kewangan, program ini juga merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada rekyat yang paling memerlukan.

KADAR BAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Peruntukan Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) adalah sebanyak RM358.5 juta dan akan dibayar kepada setiap penerima yang layak sebanyak RM300 setiap bulan selama tempoh 12 bulan sepanjang tahun 2025.

KADAR BAYARANTEMPOH
RM300 setiap bulanSelama 12 bulan (setahun)

KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025

Antara kriteria kelayakan penerima Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) yang bernilai RM300 adalah :

  • Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
  • Menetap di Negeri Sabah;
  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar;
  • Ketua isi rumah termasuk ahli isi rumah yang berumur 18 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025

Pihak Kerajaan Negeri Sabah belum membuka sebarang portal rasmi untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat). Pihak kami akan kemaskini kembali panduan semakan status sekiranya telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM300 2025

Pembayaran Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) adalah secara berperingkat / berfasa yang mana fasa pertama (1) akan mula dibayar pada bulan Februari 2025. Namun, tarikh rasmi bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan BANTUAN SABAH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

1 thought on “KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment