CEK MYKASIH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CEK MYKASIH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kumpulan penerima Bantuan MyKasih kini terbahagi kepada dua (2) iaitu penerima Miskin dan Miskin Tegar (berdaftar dengan e-Kasih) dan penerima Asas Bukan Miskin (tidak berdaftar dengan e-Kasih).

Bagaimanakah cek MyKasih? Ikuti panduan dan semak maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : LOGIN SYUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA 2 RM900

MEDIUM AGIHAN MYKASIH 2025

Medium pengagihan Bantuan MyKasih telah diselaraskan kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, iaitu diagihkan secara ansur setiap bulan melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima.

CEK STATUS PENERIMA MYKASIH 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak sebagai penerima MyKasih, Ikuti cara cek seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CEK BAKI MYKASIH 2025

Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam kad pengenalan anda boleh dicek melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di Apple Apps Store / Google Play / Huawei AppGallery dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

JUMLAH AGIHAN MYKASIH 2025

Jumlah Bantuan MyKasih yang diagihkan adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM2,100 setahun.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900 setahun.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM1,650 setahun.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450 setahun.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600 setahun.

TARIKH AGIHAN MYKASIH 2025

Agihan Bantuan MyKasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

PELAKSANAAN SESITARIKH AGIHAN
Sesi Satu (1)15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Sesi Dua (2)01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “CEK MYKASIH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment