BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Dalam belanjawan Negeri Sabah 2026, program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) tahun ini diteruskan dengan kadar peruntukan sebanyak RM339.16 juta dan akan memberi manfaat kepada 140,000 orang penerima.

Bagaimanakah cara semak bantuan syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: JADUAL BAYARAN STR 2026 FASA 3

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

CARA SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH

Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

FASA & TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) mengikut fasa berikut :

FASA BAYARANJENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Fasa 1Mempunyai Akaun Bank11 Mac 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Fasa 2Mempunyai Akaun Bank21 Mei 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
18 – 23 Jun 2026
Fasa 3Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan
Fasa 4Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan

Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) seperti berikut :

FASA BANTUANJUMLAH BANTUAN
Fasa 1

Januari – RM200
Februari – RM200
Mac – RM200
RM600
Fasa 2

April – RM200
Mei – RM200
Jun – RM200
RM600
Fasa 3

Julai – RM200
Ogos – RM200
September – RM200
RM600
Fasa 4

Oktober – RM200
November – RM200
Disember – RM200
RM600

PENGKREDITAN DUIT BANTUAN SYUKUR SABAH

Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) kepada penerima yang layak :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

RUJUKAN LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment