CEK BANTUAN E KASIH 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Bermula tahun 2026, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan eKasih ditambahbaik sehingga RM2,400 setahun lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.
Bagaimanakah cek status bantuan sara e kasih 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK STATUS EKASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
APA ITU SISTEM EKASIH
Sistem eKasih adalah Pengkalan Data Keluarga Miskin dimana data kemiskinan akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Dengan pendaftaran eKasih, individu yang layak berpeluang untuk memperoleh pelbagai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SYARAT KELAYAKAN SARA E KASIH
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) e Kasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
CEK STATUS BANTUAN SARA E KASIH
Status kelayakan SARA e Kasih boleh di semak seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari Portal rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA BAYARAN BANTUAN SARA E KASIH
Penyaluran bantuan SARA e Kasih 2026 seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
|---|---|
| Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
MANFAAT BANTUAN E KASIH
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih seperti barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di Pasaraya terpilih.
JUMLAH BANTUAN SARA E KASIH
Kadar bantuan SARA e Kasih 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM2,400 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM1,800 Setahun |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM1,200 Setahun |
TARIKH BAYARAN BANTUAN E KASIH
Pengagihan bantuan SARA e Kasih seperti berikut :
| BULAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Januari | 9 Januari 2026 16 Januari 2026 |
| Februari | 1 Februari 2026 |
| Mac | 1 Mac 2026 |
| April | 1 April 2026 |
| Mei | 1 Mei 2026 |
| Jun | 1 Jun 2026 |
| Julai | 1 Julai 206 |
| Ogos | 1 Ogos 2026 |
| September | 1 September 2026 |
| Oktober | 1 Oktober 2026 |
| November | 1 November 2026 |
| Disember | 1 Disember 2026 |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026