CEK BANTUAN MYKASIH ONLINE : CHECK STATUS SARA 2026 & TARIKH BAYARAN
Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, makanan sejuk beku, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan boleh ditebus dengan menggunakan Bantuan MyKasih.
Bagaimanakah cek status bayaran Bantuan MyKasih secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN STR 2026 ONLINE : SEMAKAN FASA 3
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Bantuan MyKasih dibayar setiap bulan dari bulan Januari hingga Disember pada tarikh seperti berikut :
- 09 – 16/01/2026 (Jumaat)
- 01/02/2026 (Ahad)
- 01/03/2026 (Ahad)
- 01/04/2026 (Rabu)
- 01/05/2026 (Jumaat)
- 01/06/2026 (Isnin)
- 01/07/2026 (Rabu)
- 01/08/2026 (Sabtu)
- 01/09/2026 (Selasa)
- 01/10/2026 (Khamis)
- 01/11/2026 (Ahad)
- 01/12/2026 (Selasa)
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Jumlah bayaran Bantuan SARA MyKasih dinaikkan kepada setiap kategori penerima seperti berikut :
| PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | Isi Rumah : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas : RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | Warga Emas : RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang : RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | Bujang : RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
TEMPAT BOLEH TEBUS BANTUAN MYKASIH
Penerima yang disahkan layak boleh menebus Bantuan SARA MyKasih Dalam MyKad di mana-mana 10,000 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
CARA TEBUS BANTUAN MYKASIH
Anda perlu buat penebusan Bantuan SARA MyKasih mengikut cara berikut :
- Kunjungi premis yang terpilih berhampiran anda.
- Ambil barang keperluan asas yang ada label ‘SARA MyKasih’.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas barang yang dipilih.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad anda.
- Resit bayaran akan diberikan.
CEK BANTUAN MYKASIH ONLINE
Ikuti cara cek status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA di Portal MyKasih secara online di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
E-mel MyKasih : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.