CARA MOHON STR 2026 (DAFTAR BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Permohonan Bantuan Sumbanga Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 secara rasminya telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 dan individu yang memenuhi syarat-syarat serta kriteria kelayakan yang ditetapkan digalakkan untuk kemukakan permohonan.
Bagaimanakah cara mohon Bantuan STR 2026? Rujuk panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : CARA KEMASKINI STR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA
SIAPA LAYAK MOHON STR 2026?
Berikut merupakan antara golongan yang layak memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 :
ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Bercerai / balu (ada anak);
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bujang / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
CARA MOHON STR 2026
Individu yang memenuhi kelayakan serta belum pernah memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh kemukakan permohonan seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang. (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap (jika ada).
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
CARA DAFTAR AKAUN STR 2026
Bagi pemohon / penerima yang telah berjaya lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun sebelum ini, perlu mendaftar akaun yang baharu seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Terus klik butang [LOG MASUK].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Semak].
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan.
- Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, klik [Hantar Emel Pengesahan].
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik [Sahkan Akaun Saya].
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Terus klik butang [Seterusnya].
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik [Daftar Akaun].
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Selesai.
CARA LOGIN STR 2026
Setelah berjaya memohon dan mendaftar akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang baharu, pemohon boleh terus login akaun yang baharu seperti berikut :
- Terus ke bahagian Log Masuk STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Bahagian Log Masuk akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan Kata Laluan yang telah anda daftarkan.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya berjaya Log Masuk, Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM STR 2026
- Bilakah permohonan STR 2026 dibuka?
- Permohonan STR untuk fasa 1 2026 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025.
- Bolehkah individu bujang memohon Bantuan STR 2026?
- Inidvidu bujang boleh memohon, namun hanya akan menerima bayaran Bantuan SARA sebanyak RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Berapa ramaikah rakyat yang boleh memohon Bantuan STR 2026?
- Permohonan Bantuan STR 2026 dibuka kepada seramai 9 juta rakyat yang memenuhi kelayakan sahaja.
- Bolehkah isi rumah yang berpendapatan lebih dari RM5,000 sebulan memohon Bantuan STR 2026?
- Ianya tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan kepada golongan isi rumah.
- Dimanakah boleh memohon Bantuan STR 2026?
- Permohonan Bantuan STR boleh kemukakan secara atas talian (online) melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau secara manual di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
MAKLUMAT LANJUT STR
Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- STR HASiL : 1800 88 2747
- STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel :[email protected]