CARA LOGIN MYSTR : SEMAK STATUS BANTUAN STR FASA 3
Melalui Portal Rasmi MySTR, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengakses laman tersebut dengan mudah untuk mendapatkan info terkini mengenai bantuan tanpa memerlukan kunjungan secara fizikal di Pebajat Hasil.
Bagaimanakah cara login mystr dan semak status bantuan str fasa 3? Ikuti Info lanjut di sini.
Baca juga: SEMAK BAKI MYKASIH BULANAN YANG ADA DALAM MYKAD
PORTAL LOGIN MYSTR
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh diakses oleh penerima untuk tujuan seperti :
- Semakan status kelayakan;
- Semakan status permohonan baharu & rayuan;
- Membuat permohonan baharu & rayuan;
- Kemas kini maklumat permohonan;
- Semakan jumlah bantuan;
- Semakan status pembayaran.
CARA LOGIN PORTAL MYSTR
Setelah membuat pendaftaran MySTR, anda boleh login dengan cara berikut :
| PORTAL | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 seperti diatas.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda diruangan yang disediakan.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Selesai.
CARA LOGIN & SEMAK STATUS BANTUAN STR
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSTR
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada dan Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Tiada had umur; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah; |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21-59 tahun; Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU); Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. |
JUMLAH BANTUAN STR
Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
CARA PENGKREDITAN BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026