CARA KEMASKINI STR (2026 BANTUAN)

CARA KEMASKINI STR (2026 BANTUAN)

Maklumat-maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diisi perlu dikemaskini untuk penerimaan bayaran bagi tahun 2026. Semua penerima sedia ada boleh membuat kemaskini permohonan secara online sahaja.

Bagaimanakah cara kemaskini STR? Ikuti panduan lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : CARA DAFTAR MYSTR 2026 : PANDUAN LENGKAP REGISTER AKAUN PENGGUNA

SEBAB KENA KEMASKINI STR

Penerima sedia ada perlu kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap tahun untuk memastikan dapat menerima bantuan dengan kadar yang tepat dan layak berdasarkan maklumat yang terkini.

Berikut merupakan sebab-sebab utama kena kemaskini STR :

  • 🏠 Terdapat Perubahan Maklumat Peribadi
    • Perubahan maklumat seperti alamat tempat tinggal baru, nombor telefon baru atau status perkahwinan (berkahwin / bercerai / kematian pasangan).
  • 👶 Tedapat Pertambahan / Perubahan Tanggungan
    • Pertambahan jumlah anak baru lahir / anak bertukar status pelajar / anak tidak lagi tanggungan perlu dikemaskini untuk kiraan kadar bantuan.
  • 💼 Terdapat Perubahan Pendapatan
    • Pendapatan naik atau turun boleh menjejaskan kelayakan dan kadar bantuan yang diterima. Jika tidak dikemaskini, kadar bantuan mungkin terjejas dan tidak mengikut kadar sebenar.
  • 💳 Perubahan Maklumat Akaun Bank
    • Bantuan hanya akan masuk ke dalam akaun bank yang aktif sahaja. Oleh itu, penerima perlu memastikan maklumat akaun bank masih aktif dan tidak salah.
  • ❌ Bagi Mengelakkan Pembatalan / Kelewatan Bayaran
    • Pihak LHDN boleh menolak atau menangguh bantuan jika data tidak sah atau tidak dikemas kini melebihi tempoh yang ditetapkan.
  • 📝 Saringan Semula Kelayakan Tahunan
    • Kerajaan akan membuat semakan semula kelayakan penerima. Oleh itu, penerima perlu kemaskini untuk mengekalkan status penerima aktif setiap tahun.

KADAR BANTUAN STR 2026

  • Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 akan terima Bantuan STR sebanyak berikut :
BIL. ANAKKADAR STR 2026KADAR SARA 2026
0RM700RM1,200
1 – 2RM1,200RM1,200
3 – 4RM1,700RM1,200
>5RM2,200RM1,200
*Penerima yang berdaftar eKasih pula akan terima kadar tambahan SARA sebanyak RM2,400 setahun.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 akan terima Bantuan STR sebanyak berikut :
BIL. ANAKKADAR STR 2026KADAR SARA 2026
0RM200RM1,200
1 – 2RM450RM1,200
3 – 4RM700RM1,200
>5RM950RM1,200
  • Warga Emas Tiada Pasangan akan terima Bantuan STR terima Bantuan STR sebanyak berikut :
BIL. ANAKKADAR STR 2026KADAR SARA 2026
0RM600RM600
  • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun akan terima Bantuan STR sebanyak berikut :
BIL. ANAKKADAR STR 2026KADAR SARA 2026
0RM600

CARA DAFTAR AKAUN STR

Pendaftaran akaun STR yang baharu boleh dilakukan mengikut panduan berikut :

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. ⁠Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. ⁠Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. ⁠Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. ⁠Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

LOG MASUK AKAUN STR

Untuk log masuk akaun STR yang baharu, ikuti panduan berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. ⁠Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. ⁠Tekan (Semak).
  5. ⁠Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. ⁠Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. ⁠Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. ⁠Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Selesai.

CARA KEMASKINI STR

Ikuti cara kemaskini permohonan STR seperti berikut :

  1. Setelah berjaya Log masuk, paparan Dashboard akan dipaparkan.
  2. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  3. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan.
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  4. Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
  5. Kemasikini Maklumat Waris.
  6. Muat naik dokumen Sokongan.
  7. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  8. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  9. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  10. Selesai.

INFO LANJUT STR

Informasi yang kami sediakan dalam artikel ini adalah untuk memudahkan penerima STR mengikut panduan kemaskini permohonan STR. Namun, sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan kemaskini STR, sila rujuk pihak di bawah :

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]

Leave a Comment