CARA KEMASKINI BANTUAN STR (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA
Portal pengemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, kini dibuka untuk penerima kemas kini maklumat secara online untuk perubahan maklumat permohonan, dan sekiranya tidak mengemaskini maklumat selama tiga tahun berturut-turut.
Bagaimanakah cara kemaskini bantuan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH HASIL
KENAPA PERLU KEMASKINI BANTUAN STR?
Kemas kini maklumat diperlukan sekiranya:
- Mempunyai perubahan maklumat peribadi seperti :
- Nombor Telefon Bimbit;
- Alamat Surat Menyurat;
- Alamat e-Mel;
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan; dan
- Maklumat Waris;
- Tidak kemas kini maklumat selama tiga (3) tahun berturut-turut;
- Jika berstatus ‘Gagal Kredit’.
CARA KEMASKINI BANTUAN STR
Panduan lengkap kemaskini maklumat STR 2026 seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman Utama Portal mySTR akan dipaparkan.
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
- Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. (Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu).
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN STR
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | Tiada (STR Bujang akan digantikan dengan SARA) |
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
| Tiada Akaun Bank atau Berstatus ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
| Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak) | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
CARA SEMAKAN BANTUAN STR
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
INFO PENTING BANTUAN STR
Berikut merupakan Maklumat Terkini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2026 :
- Tempoh kemas kini STR 2026 adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
- Kemas kini STR Fasa 1, 2026 dibuka sehingga 28 November 2025 (Jumaat).
- STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
- SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas.
- SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]