BILAKAH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA FASA 1
Supaya dapat membantu rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 (pendapatan rendah dan sederhana), Kerajaan meneruskan penyaluran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berstatus layak.
Bagaimanakah & bilakah boleh semak status kelayakan STR 2026? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025 : SILA SEMAK TARIKH TAMAT MYKASIH ANDA
BILAKAH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026
Status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak pada bila-bila masa sahaja kerana Portal MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sentiasa dibuka untuk semakan, kemaskini dan permohonan baharu.
Namun, status kelayakan untuk tahu sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 masih belum dinyatakan dalam Portal MySTR. Bagaimanapun, pemohon perlu sentiasa membuat semakan status dari semasa ke semasa.
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026
Ikuti cara semakan status kelayakan permohonan STR untuk tahun 2026 seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
- Terus klik pada butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN STR 2026
Berikut merupakan jumlah penyalurkan Bantuan STR kepada semua kategori untuk tahun 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENYALURAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) Pendapatan Bawah RM5,000 | RM600 |
| Bujang / Balu / Duda / Janda (Tiada anak) Pendapatan Bawah RM2,500 | – |
BILAKAH PENYALURAN BANTUAN STR 2026
Tarikh penyaluran Bantuan STR untuk tahun 2026 masih belum diketahui kerana belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF). Namun, ianya dijangka akan disalurkan seperti seperti berikut :
- Fasa 1 – Januari / Februari 2026.
- Fasa 2 – Mac / April 2026.
- Fasa 3 – Ogos 2026.
- Fasa 4 – Oktober 2026.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR 2026
Dua (2) sahaja kaedah penyaluran Bantuan STR yang disediakan oleh Kerajaan bagi memudah rakyat menerima bayaran :
- Penyalurkan tunai di kaunter bank :
- Disalurkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia kepada penerima yang tiada akaun bank.
- Penyalurkan terus ke dalam akaun bank :
- Disalurkan ke dalam akaun bank penerima melalui sistem bayaran ‘IBG Fund Transfer’ bagi penerima yang mempunyai akaun bank.
INFO LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]