BAYARAN SARA ONE OFF (BANTUAN 2024 ONLINE)
Untuk makluman anda, bayaran SARA one off untuk tambahan bagi STR akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai Disember ini.
Namun masih ramai lagi belum tahu tentang Bantuan SARA one off atau sekali bayar ini. Oleh itu, kami sertakan maklumat lanjut mengenai bantuan ini untuk rujukan anda agar anda juga turut berpeluang untuk menerima bantuan ini.
Bagaimanakah bayaran bantuan SARA one off online 2024? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CARA SEMAK BANTUAN SARA (ONLINE 2024 ONE OFF)
APA ITU BANTUAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terdiri daripada kategori isi rumah miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih.
NAMUN, pelaksanaan SARA telah ditambah baik pada tahun 2024. Kerajaan telah mengumumkan Penerima STR serta BUKAN Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak terima bantuan SARA 2024.
Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024. Pembayaran bantuan SARA one off ATAU sekali bayar ini akan mengikuti kaedah pembayaran yang sama seperti STR.
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
Bayaran SARA one off kepada penerima STR BUKAN miskin, dan miskin tegar akan dilakukan secara berperingkat bermula 9 Disember 2024 (Isnin).
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF
Kadar bantuan SARA one off 2024 bagi penerima bantuan STR adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
KAEDAH BAYARAN SARA
Untuk makluman anda, penerima yang layak menerima one-off SARA adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Kaedah pembayaran bantuan SARA one off ini akan mengikuti kaedah pembayaran yang sama seperti STR.
Kaedah bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Pengkreditan terus kedalam akaun bank.
- Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat – bagi penerima tiada akaun.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berstatus Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan, BUKAN Miskin atau Miskin Tegar eKasih.
CARA SEMAK BANTUAN
Untuk makluman anda, penerima yang layak menerima one-off SARA adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus).
Oleh itu, anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.
Panduan lengkap cara Semakan Status seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon (12 Digit), dan klik log masuk.
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status. Kemudian anda boleh tekan pada:
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Pembayaran – Untuk melihat jumlah bayaran yang akan diterima serta status pengkreditan (Jika Layak).
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]