BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM50 & RM100)
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih adalah secara ansur berperingkat sepanjang tahun ini yang mana fasa pertama (1) telah selesai di bayar kepada 700,000 ribu penerima dan akan dibayar pula untuk fasa kedua (2) pada Februari ini.
Bagaimanakah semakan bayaran mykasih fasa Februari? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN STATUS : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)
BILANGAN PENERIMA BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025
Penerima bayaran Bantuan SARA MyKasih bagi Fasa Februari adalah kira-kira seramai 700,000 individu yang merupakan penerima sedia ada merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan juga bujang berstatus miskin dan miskin tegar.
TARIKH BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih Fasa kedua (2) adalah pada :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
MYKASIH BANTUAN SARA | Februari 2025 (Belum diumumkan) |
JUMLAH BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025
Jumlah Bantuan SARA MyKasih yang akan dibayar pada bulan Februari kepada setiap kategori adalah sebanyak :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025 |
---|---|
ISI RUMAH (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 |
WARGA EMAS (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 |
BUJANG (Miskin & Miskin Tegar) | RM50 |
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih untuk Fasa Februari adalah khas kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN MYKASIH FASA FEBRUARI 2025
Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan status penerima, iaitu melalui :
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Porta Rasmi STR.
Ikuti kedua-dua panduan semakan status berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Tanggal berapa bantuan February ada ya cuba cmnt guys saya kurang memahami bantuan tersebut?