BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200)
Kerajaan Madani menyasarkan semula subsidi melalui bantuan bersasar BUDI MADANI bagi menangani kos sara hidup rakyat yang layak khusus kepada petani dan penternak kecil serta individu yang mempunyai kenderaan diesel persendirian.
Bagaimanakah semakan status penerima bayaran bantuan budi madani 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)
APA ITU BANTUAN BUDI MADANI
BUDI MADANI merupakan penyasaran semula subsidi kepada golongan yang benar-benar layak bagi memastikan kebajikan mereka terus terjaga.
Melalui budi madani ini, Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih pula akan diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
PROGRAM BANTUAN BUDI MADANI 2025
Terdapat tiga (3) jenis/kategori program dibawah Budi Madani iaitu:
- Budi Individu : Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
- Budi Agri-Komoditi : Bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
- MySubsidi Diesel : Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card.”
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUDI MADANI 2025
Syarat kelayakan untuk permohonan adalah mengikut kategori seperti berikut:
- Kelayakan Budi Individu
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
- Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
- Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
- Kelayakan Budi Agri-Komoditi
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
- Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
- Kelayakan MySubsidi Diesel
- Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
- Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI 2025
Panduan lengkap Semakan Status Budi Madani 2025 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Budi Madani: https://budimadani.gov.my
- Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik ‘Semakan Status’
- Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.
KAEDAH PENYALURAN BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI
Bantuan akan diagihkan mengikut kaedah seperti berikut :
- Pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar.
- Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara tunai, melalui kaunter perkhidmatan.
TARIKH PENYALURAN BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI 2025
Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan:
- Januari – Jun
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI (BULAN) | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Januari | 7 Februari 2025 (Jumaat) |
Februari | 7 Mac 2025 (Jumaat) |
Mac | 11 April 2025 (Jumaat) |
April | 9 Mei 2025 (Jumaat) |
Mei | 6 Jun 2025 (Jumaat) |
Jun | 7 Julai 2025 (Jumaat) |
- Julai – Disember
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI (BULAN) | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Julai | 8 Ogos 2025 (Jumaat) |
Ogos | 8 September 2025 (Isnin) |
September | 8 Oktober 2025 (Rabu) |
Oktober | 7 November 2025 (Jumaat) |
November | 5 Disember 2025 (Jumaat) |
Disember | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
JUMLAH BANTUAN
Kadar bayaran yang disediakan kepada penerima yang layak seperti berikut:
BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Bantuan Budi Madani | RM200 Sebulan |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf
Saya org miskin, kenapa tak dapat I Sara Rahmah tiap tahun.
saya berumur 67 tahun
adakah saya layak tuk memerima bamtuan budi madani 2025
saya berumur 67 tahun
adakah saya layak tuk memerima bamtuan budi madani 2025
Bos sblum ni masuk duit bln Mac belum masuk pasaipa