BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 (STR FASA 1) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 (STR FASA 1) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Peruntukan Bantuan Tunai Rahmah pada tahun 2025 adalah direkodkan jumlah tertinggi sepanjang tahun iaitu sebanyak RM13 billion untuk memanfaatkan hampir 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40).

Bagaimanakah semak bantuan tunai rahmah fasa 1 layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD RM100 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA

APA ITU BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Bantuan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan sepanjang tahun yang merupakan hasil daripada penyasaran semula subsidi khas untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah bagi fasa pertama (1) adalah dijangka pada :

TARIKH MULA
BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAHMAH
TARIKH AKHIR
BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAHMAH
** Februari 2025** Februari 2025
*Namun, tarikh akan dikemaskini kembali apabila telah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF).

SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 LAYAK ATAU TIDAK

Ketahui kelayakan anda layak atau tidak menerima Bantuan Tunai Rahmah (STR) bagi penerimaan fasa pertama (1) mengikut panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Pada tahun 2025, Kerajaan akan membayar Bantuan Tunai Rahmah mengikut jumlah setiap kategori kelayakan seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah kepada Isi Rumah yang kahwin atau ibu/bapa tunggal adalah bergantung bilangan anak seperti berikut :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAHMAH
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500 sebulan
(B40)
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
(M40)
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
  • KATEGORI BUJANG :
    • Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah kepada golongan Bujang / Balu / Janda / Duda pula adalah bergantung kepada umur penerima seperti berikut :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAHMAH
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM600
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
RM600

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Bantuan Tunai Rahmah, iaitu :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAHMAH
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

1 thought on “BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 (STR FASA 1) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment