BANTUAN TUNAI B40 2026 : SEMAKAN NAMA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK AKAN DIBAYAR DUIT MASUK KE AKAUN BANK

BANTUAN TUNAI B40 2026 : SEMAKAN NAMA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK AKAN DIBAYAR DUIT MASUK KE AKAUN BANK

Penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambahbaik pemberian bantuan tunai melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memastikan golongan yang memerlukan terus mendapatkan bantuan yang sewarjarnya.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai b40? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAK KELULUSAN PEMOHON JIKA LULUS AKAN DIBAYAR SECARA TUNAI DALAM AKAUN BANK

BANTUAN TUNAI B40

Bantuan Tunai Kerajaan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar memerlukan diteruskan pada tahun 2026 dengan penambahbaikan dengan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion bagi Fasa 1, agar dapat meringankan beban peneria dalam mendepani cabaran kos sara hidup serta untuk memastikan mereka terus mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI B40

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi Rumah
Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak

Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak

Berumur 60 tahun dan ke atas

Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak

Berumur 21-59 tahun

Berumur 19-59 tahun
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU)

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

JUMLAH BANTUAN TUNAI B40 FASA 1

Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 FASA 1 adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (Berkahwin / ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR FASA 1
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM400
Anak 5 dan Ke atas : RM500
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM100
Anak 1 hingga 2 : RM100
Anak 3 hingga 4 : RM150
Anak 5 dan Ke atas : RM200
  • Kategori Bujang (Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR FASA 1
Warga Emas Tanpa Pasangan
(Berusia 60 tahun dan ke atas)
RM150
Bujang
(Berusia 21 sehingga 59 tahun)
Bayaran diganti dengan Bantuan SARA

TARIKH PEMBAYARAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 1
20 Januari 2026 (Selasa)

WAKTU BAYARAN BANTUAN TUNAI B40

Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :

JENIS BANKWAKTU BAYARAN
Bank Simpanan Nasional (BSN)6:00 petang
Bank Islam8:00 malam
Affin Bank8:00 malam
Ambank8:00 malam
Maybank9:00 malam
Cimb Bank9:00 malam
RHB Bank9:00 malam
Bank Muamalat10:00 malam
Lain-lain bank10:00 malam

Kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI B40

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI B40

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment