BANTUAN TAMBAHAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN TAMBAHAN
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, bakal menerima satu lagi bantuan dalam bentuk tanpa tunai yang diberikan sebagai tambahan kepada bantuan STR melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembayaran setiap bulan.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan tambahan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
BANTUAN TAMBAHAN STR 2026
Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada semua penerima STR sebagai bantuan tambahan untuk mengurangkan beban kos sara hidup penerima dan memenuhi keperluan asas penerima secara bulanan.
Program bantuan tambahan dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Tempoh Bantuan | Setiap Bulan – 12 Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Fungsi | Bantuan tambahan kepada penerima STR |
| Kelayakan | Kelayakan secara automatik kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus eKasih dan bukan eKasih. |
| Cara Memohon | Tiada permohonan diperlukan, hanya perlu berdaftar STR dan eKasih Sahaja. |
| Kaedah Bayaran | Tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad. |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR
Syarat Kelayakan Bantuan Tambahan STR (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BANTUAN TAMBAHAN STR 2026
Jumlah Bantuan Tambahan STR yang akan diberikan kepada penerima STR 2026, adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM100 Sebulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan | RM50 Sebulan |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM50 Sebulan |
SEMAK STATUS KELAYAKAN
Status Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan STR (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Tambahan STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]