BANTUAN STR TARIKH BAYARAN FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN STR TARIKH BAYARAN FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Tentunya rakyat dewasa Malaysia yang telah disahkan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ternanti-nanti bayaran yang seterusnya iaitu fasa dua (2) yang akan dibayar secara berperingkat tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan Bantuan STR tarikh bayaran fasa 2? Ikuti maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN ASAS SARA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

JENIS PENERIMAAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan (berkahwin)
mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan STR
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang terdekat seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

BANTUAN STR TARIKH BAYARAN FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) seperti tarikh berikut :

JENIS PENERIMAAN BANTUANTARIKH BAYARAN
Tunai Di Kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bakal diumumkan oleh Kerajaan
tidak lama lagi
Kredit Dalam Akaun Bank
Penerima
Bakal diumumkan oleh Kerajaan
tidak lama lagi
*NOTA : Jadual di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila sebaik sahaja Kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) adalah dijangka mengikut jumlah seperti berikut :

KELAYAKAN KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 dan ke bawah
RM150 hingga RM650
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM100 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

PAUTAN LAMAN RASMI BANTUAN STR 2025

Berikut merupakan pautan laman rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

PORTAL RASMIPAUTAN
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Untuk mengetahui status layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti cara semakan status seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR; atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

5 thoughts on “BANTUAN STR TARIKH BAYARAN FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

  1. Log masuk lupa kata laluan betul² menyusahkan berserta dgn soalan yg remeh temeh di berikan.tersilap langkah 24 hour akan digantung tak bertali.

    Reply

Leave a Comment