BANTUAN ASAS 2025 SARA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN ASAS 2025 SARA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Melihat kepada keberkesanan agihan Bantuan Asas Sara pada tahun lalu kepada penerima Miskin dan Miskin Tegar. Oleh itu, pihak kerajaan bersetuju untuk meneruskan program agihan Bantuan Asas Sara pada tahun ini dengan turut mengagihkan kepada penerima Asas Bukan Miskin.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Asas Sara? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

CARA AGIHAN BANTUAN ASAS 2025 SARA

Bantuan Asas Sara diagihkan kepada penerima yang layak melalui kad pengenalan (IC) penerima setiap bulan khas untuk digunakan sebagai kad bagi pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

KADAR AGIHAN BANTUAN ASAS SARA

Setiap penerima akan menerima agihan Bantuan Asas Sara dengan kadar yang berbeza seperti berikut :

PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
ISI RUMAH : RM2,100 setahunISI RUMAH : RM900 setahun
WARGA EMAS : RM1,650 setahunWARGA EMAS : RM450 setahun
BUJANG : RM600 setahunBUJANG : Tiada

JADUAL AGIHAN BANTUAN ASAS SARA

Agihan Bantuan Asas Sara adalah secara ansur bersasar setiap bulan melalui dua (2) sesi mengikut jadual berikut :

TARIKH AGIHANPENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
Sesi pertama :
15 Januari 2025
hingga
1 Mac 2025
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Sesi Kedua :
1 April 2025
hingga
1 Disember 2025
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan
Bujang : Tiada

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS SARA

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Sara seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment