BANTUAN STR TAMBAHAN : (2026) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)

BANTUAN STR TAMBAHAN : (2026) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)

Untuk tahun 2026, rakyat Malaysia yang berjaya memohon dan disahkan ‘Layak’ akan menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bersama Bantuan Tambahan selama setahun dengan kadar jumlah yang berbeza mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara semaka status kelayakan penerima & cara permohonan Bantuan STR Tambahan? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : E WALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA DAFTAR PERMOHONAN

APA ITU BANTUAN STR TAMBAHAN?

Kerajaan Madani memperkenalkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat daripada kumpulan B40 dan M40 bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup.

Selain daripada pemberian Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan Madani juga memberikan bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik setiap bulan melalui Kad Pengenalan untuk membantu menampung kos perbelanjaan barang keperluan asas.

JUMLAH BANTUAN STR & TAMBAHAN

Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Tambahan adalah berdasarkan kategori dan kelayakan penerima Isi rumah, Warga Emas dan Bujang seperti berikut :

  • Kadar Jumlah Bayaran Bantuan STR 2026 :
KATEGORI PENERIMAKADAR JUMLAH
BANTUAN STR
Isi Rumah B400 anak : RM700.
1 – 2 anak : RM1,200.
3 – 4 anak : RM1,700.
>5 anak : RM2,200.
Isi Rumah M400 anak : RM200.
1 – 2 anak : RM450.
3 – 4 anak : RM700.
>5 anak : RM950.
Warga EmasRM600
Bujang
  • Kadar Jumlah Bayaran Bantuan Tambahan 2026 :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR TAMBAHAN
(PENERIMA STR MISKIN)
KADAR TAMBAHAN
(PENERIMA STR ASAS)
Isi Rumah B40RM2,400 setahunRM1,200 setahun
Isi Rumah M40RM1,200 setahun
Warga EmasRM1,800 setahunRM600 setahun
BujangRM1,200 setahunRM600 setahun

TARIKH & JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh jangkaan bayaran seperti berikut :

  • Fasa 1 : Januari – Februari 2026.
  • Fasa 2 : Mac – April 2026.
  • Fasa 3 : Ogos 2026.
  • Fasa 4 : Oktober 2026.

Namun bayaran Bantuan Tambahan dilaksanakan secara ansur setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.Januari 2026
2.Februari 2026
3.Mac 2026
4.April 2026
5.Mei 2026
6.Jun 2026
7.Julai 2026
8.Ogos 2026
9.September 2026
10.Oktober 2026
11.November 2026
12.Disember 2026

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Tambahan boleh disemak melalui Portal STR Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal STR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal STR Rasmi akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk] bagi yang telah berjaya mendaftar akaun baharu.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik butang [Semak].
  5. ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
  6. Jika kata kunci tersebut adalah betul, klik butang [Ya].
  7. Masukkan ‘Kata Laluan’ yang telah ditetapkan.
  8. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  9. Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Permohonan].
  11. Status penerima STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

CARA PERMOHONAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Untuk yang belum kemukakan permohonan, ikuti cara permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan yang baharu seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal STR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Terus klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Kemudian, klik butang [Ya, Teruskan] bagi meneruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik butang [Semak].
  5. Maklumat seperti ‘Nama’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’ akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
    • *Jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN yang terdekat.
  6. Lengkapkan maklumat permohonan dan ruang yang bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pilih status perkahwinan (Bujang / Kahwin / Kematian Pasangan / Cerai).
  8. Jika status perkahwinan adalah Kahwin, sila isi tarikh pernikahan.
  9. Masukkan nombor akaun bank yang masih aktif atas nama pemohon / pasangan (untuk penerimaan bayaran).
  10. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Halaman seterusnya [Maklumat Pasangan] – bagi yang status perkahwinan : berkahwin; atau
    • Halaman seterusnya [Maklumat Waris] – bagi yang status perkahwinan : bujang / cerai / kematian pasangan.
  11. Isikan maklumat pasangan dengan lengkap dan betul.
  12. Jika pemohon mempunyai anak, sila masukkan maklumat anak (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. Seterusnya, muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  14. Pilih [Jenis Dokumen Sokongan] untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
    • *Saiz dokumen mestilah kurang dari 3MB & jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  15. Klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  16. Masukkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan.
  17. Pemohon perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  18. Kemudian, klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  19. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan skrin adalah seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima kasih”.
  20. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Berdasarkan maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan STR dan SARA, kami rujuk daripada Portal Rasmi STR untuk memudahkan carian orang awam. Oleh itu, untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak STR seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment