BANTUAN STR FASA 3 BILA BAYAR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Enam puluh peratus (60%) rakyat dewasa di Malaysia yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) layak untuk menerima manfaat daripada bayaran Bantuan STR bagi fasa yang ketiga (3) pada tahun ini.
Bagaimanakah semakan Bantuan STR Fasa 3 bila bayar? Rujuk info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH TERKINI : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN STR
Bantuan STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan kewangan lanjutan daripada bantuan-bantuan sebelum ini, yang khas untuk membantu rakyat yang memerlukan daripada gelumang kos sara hidup yang semakin meningkat.
SISTEM BAYAR BANTUAN STR FASA 3 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ketiga (3) adalah sama seperti sistem bayaran yang sebelum ini, iaitu melalui :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
- Penunaian di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit‘.
BANTUAN STR FASA 3 BILA BAYAR 2025
Berikut merupakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sepanjang tahun 2025 :
- Fasa Pertama (1) :
- Telah dibayar pada 22 hingga 28 Januari 2025.
- Fasa Kedua (2) :
- Telah dibayar pada 24 hingga 27 Mac 2025.
- Fasa Ketiga (3) :
- Belum dibayar dan tarikh bayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa (dalam masa terdekat).
- Fasa Keempat (4) :
- Belum dibayar dan tarikh bayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa.
AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR FASA 3 2025
Setiap kategori akan menerima amaun Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza bagi fasa ketiga (3) seperti berikut :
- Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :
- Tiada anak : RM150.
- 1 hingga 2 anak : RM350.
- 3 hingga 4 anak : RM500.
- 5 anak dan ke atas : RM650.
- Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
- Tiada anak : RM100.
- 1 hingga 2 anak : RM200.
- 3 hingga 4 anak : RM250.
- 5 anak dan ke atas : RM300.
- Warga Emas (Tiada Pasangan) :
- RM150 / setiap individu.
- Bujang (Belum Kahwin / Balu / Duda / Janda tiada anak) :
- RM150 / setiap individu.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR FASA 3 2025
Ketahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ketiga (3) melalui semakan di pautan rasmi seperti berikut :
- Pautan Rasmi Laman Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik pada pautan rasmi di atas, anda akan dibawa ke halaman utama portal.
- Anda akan dipaparkan ‘ Pemakluman Terkini’, klik butang [TUTUP].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- ‘Frasa Keselamatan’ anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan sebagai penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.