BANTUAN STR FASA 2 2025 : CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK AYAU TIDAK

BANTUAN STR FASA 2 2025 : CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK AYAU TIDAK

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) adalah secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa yang mana fasa pertama (1) telah selesai dibayar kepada 8.3 juta penerima dan ini adalah pembayaran fasa kedua (2).

Bagaimanakah cek status kelayakan penerima bantuan STR Fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MY LESEN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (PERCUMA)

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka bermula pada 3 April 2025 dan berperingkat. Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh penerimaan fasa kedua (2) oleh kerajaan, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

KADAR PENERIMAAN AMAUN BANTUAN STR FASA 2 2025

Berikut merupakan kadar penerimaan amaun Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) :

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • RM150 – RM650 (Bergantung bilangan anak)
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • RM100 – RM300 (Bergantung bilangan anak)
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150
  • Bujang :
    • RM150

*Namun, kadar amaun yang akan diterima oleh setiap penerima sedia ada dan penerima baharu adalah berbeza dan perlu disemak melalui laman rasmi STR.

CARA PENERIMAAN BANTUAN STR 2025

Cara penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini, seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR).
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak).

CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), ikuti panduan cek status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

WAKTU PENERIMAAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan ke dalam akaun bank mengikut waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

1 thought on “BANTUAN STR FASA 2 2025 : CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK AYAU TIDAK”

Leave a Comment