BANTUAN SARA STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Salah satu usaha Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan Sederhana (M40) dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup, adalah dengan menyediakan bantuan-bantuan kewangan bernilai sehingga RM4,600 setahun.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan sara str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terdiri daripada kategori berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KRITERIA |
|---|---|
| Isi Rumah / Warga Emas Tanpa Pasangan / Bujang | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
CARA PELAKSANAAN BANTUAN SARA STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :
| KRITERIA | BANTUAN STR | BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tujuan | Bantuan kepada Golongan B40 dan M40 | Bantuan Tambahan kepada penerima Bantuan STR |
| Cara Pelaksanaan | Bantuan Secara Berfasa (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4) | Bantuan Secara Bulanan (Setiap Bulan Bermula Januari sehingga Disember) |
| Cara Pembayaran | Secara Tunai (Pengkreditan terus ke Akaun Bank/Tuntutan Tunai di BSN) | Tanpa Tunai (Melalui MyKad) |
KADAR BANTUAN SARA STR 2026
Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran digantikan dengan Bantuan SARA |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM100 Sebulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan | RM50 Sebulan |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM50 Sebulan |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA STR 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
Cara Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Cara Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel STR : [email protected]
- e-Mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf dan https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf