BANTUAN SABAH RM300 : SEMAKAN STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bagi mengurangkan beban kewangan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, Kerajaan Sabah menyediakan bantuan khas untuk rakyat Sabah sebanyak RM300 sebulan selama setahun terutamanya kategori Miskin dan Miskin Tegar.
Bagaimanakah semakan status bantuan sabah RM300 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SARA 2025 CEK STATUS : FASA 1 SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50)
APA ITU BANTUAN SABAH
Menerusi Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kerajaan Sabah telah mengumumkan bantuan Khas untuk Rakyat Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat melibatkan peruntukan RM358.5 juta.
Tujuan Bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi Rakyat Sabah yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.
Bantuan akan diagihkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk tempoh setahun kepada ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang berstatus miskin dan miskin tegar.
SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SABAH
Pembayaran Bantuan Sabah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah | Pembayaran akan dilakukan secara berfasa/berperingkat dan dalam bentuk pakej bermula Februari 2025 |
*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.
JUMLAH BANTUAN SABAH
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar (Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas) | RM300 (Sebulan) |
*Nota: Dalam fasa pertama, sebanyak 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.
CARA SEMAKAN DAN KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SABAH
Semakan dan cara penagihan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- https://sabahnews.com.my/ ; atau
- https://www.tvsarawak.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/
Saya mau tau saya layak dpt bantuan
da masuk february mana semakannya . ?