BANTUAN RM100 MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN RM100 MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua rakyat dewasa.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan rm100 madani 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BAYARAN BANTUAN B40 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU BANTUAN RM100 MADANI

Bantuan RM100 Madani merupakan bantuan secara one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 yang bakal dilaksanakan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Sebanyak RM2 Bilion jumlah peruntukan disediakan dan bakal memanfaatkan hampri 22 juta penerima di Malaysia dengan penyaluran sebanyak RM100 kepada setiap warganegara Malaysia yang layak.

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN RM100 MADANI

Kelayakan penerima bantuan SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan;

SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

CARA PELAKSANAAN BANTUAN RM100 MADANI

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik, dan boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam Tin;
  • Bahan Perasa;
  • Produk Kebersihan;
  • Ubat-ubatan; dan
  • Peralatan Sekolah

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN RM100 MADANI

Bantuan RM100 one-off akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 MADANI

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Untuk makluman, status kelayakan penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025. Semakan juga boleh dilakukan di Aplikasi MyKasih https://mykasih.com.my/mykasih-app/

CARA GUNA DUIT BANTUAN RM100 MADANI

Penerima boleh menggunakan kredit SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  6. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment