CHECK STATUS MY KASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Melihat kepada penerimaan Program MyKasih yang lalu mendapat kesan positif daripada penerima kerana dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan kerana ianya disalurkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk meneruskan dan meluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima.
Bagaimanakah check status My Kasih? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA CHECK STATUS : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN STATUS MY KASIH 2025
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
NILAI MY KASIH MENGIKUT STATUS PENERIMA 2025
Bantuan My Kasih akan disalurkan dengan nilai mengikut status kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM100/RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100/RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
TEMPOH PENYALURAN MY KASIH 2025
Penyaluran MyKasih adalah selama tempoh berikut :
- Selama tempoh 12 bulan (Bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025) disalurkan kepada penerima berstatus miskin dan miskin tegar; atau
- Selama tempoh 9 bulan (Bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025) disalurkan kepada penerima berstatus asas bukan miskin.
*Nota : Bagaimanapun, sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan MyKasih pada bulan sebelum, baki bantuan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sehingga sebelum 31 Disember 2025.
CHECK STATUS MY KASIH 2025
Terdapat dua (2) panduan check status MyKasih, iaitu boleh dilakukan melalui :
- Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
- Melalui Aplikasi Rasmi MyKasih.
Ikuti kedua-dua panduan check status seperti berikut :
- Panduan Check Status MyKasih Online Di Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Status MyKasih Online Di Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN MY KASIH 2025
Antara kegunaan Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima adalah untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
saya bujang ada kh saya layak
Kuaters sekutuan gunasama jalan cahaya Miri Sarawak
Saya berkahwin adakah saya layak?
saya bujang adakah saya layak menerima ?
Please check and let me know…..
Saya bukan robot
Beberapa kali semak status kelayakan tak dapat masuk….