BANTUAN MYKAD MYKASIH FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50)
Program Sumbangan Asas Rahmah adalah dikendali bawah MyKasih yang mengkreditkan bantuan kepada penerima melalui MyKad (Kad Pengenalan) bagi sepanjang tahun 2025 bertujuan untuk membantu penerima menerima bantuan dengan mudah dan selamat tanpa secara keciciran.
Bagaimanakah bantuan mykad mykasih semak status kelayakan fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : KADAR BAYARAN STR FASA 2 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD MYKASIH
Pelaksaan Bantuan MyKad MyKasih adalah dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan khas untuk membantu penerima membuat pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad sahaja.
Penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
TARIKH BANTUAN MYKAD MYKASIH FASA 2 2025
Pengkreditkan Bantuan MyKad MyKasih fasa yang kedua (2) adalah pada tarikh :
PERKARA | TARIKH KREDIT |
---|---|
BANTUAN MYKAD MYKASIH FASA 2 | Februari 2025 |
JUMLAH BANTUAN MYKAD MYKASIH FASA 2 2025
Setiap kategori akan menerima jumlah Bantuan MyKad MyKasih fasa ketua (2) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKAD MYKASIH FASA 2 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 |
WARGA EMAS | RM100 |
BUJANG | RM50 |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH FASA 2 2025
Seramai 700,000 ribu penerima yang melepasi kelayakan berikut layak menerima Bantuan MyKad MyKasih fasa kedua (2) :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MYKASIH FASA 2 2025
Terdapat dua (2) panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.