BANTUAN MYKAD FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)
Bermula tahun 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambah baik dengan kadar peruntukan yang lebih tinggi bagi kategori isi rumah serta peningkatan kelayakan pernerima yang lebih meningkat berbanding tahun sebelum ini.
Bagaimanakah semakan status bantuan mykad fasa 2? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN PLKN 2025 ONLINE : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SESI 3.0
PENGENALAN BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan MyKad merupakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas belabel MyKasih di Pasaraya terpilih.
Inisiatif akan disalurkan secara bulanan kedalam MyKad penerima sebanyak RM50, RM100, dan RM200 mengikut kategori kelayakan penerima.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025 FASA 2
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA dalam MyKad Fasa 2 Februari 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
PORTAL ONLINE SEMAKAN BANTUAN MYKAD FASA 2 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JADUAL TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKAD FASA 2
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) | Bulan Januari : 15 Januari 2025 Bulan Februari (FASA 2): Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) | Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025
Penyaluran bantuan MyKasih Bulan Februari HANYA akan disalurkan kepada kategori Penerima STR BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih. Manakala, kategori penerima STR BUKAN Miskin dan Miskin eKasih akan disalurkan bermula April 2025.
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
TERIMA KASIH