BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Inisiatif Program MyLesen B2 diteruskan lagi oleh Kerajaan Madani bagi membantu golongan belia B40 yang layak untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanakah semakan status permohonan lesen memandu percuma 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: STR FASA 2 TARIKH BAYARAN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MATLAMAT PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN LESEN PERCUMA

Objektif utama Program Lesen Memandu Secara Sercuma adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

KATEGORI BANTUAN LESEN PERCUMA YANG DISEDIAKAN

Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

JENIS BANTUANKATEGORI LESEN
Lesen Memandu Percuma
(MyLESEN B2)
Lesen Memandu Motosikal (B2)

SYARAT KELAYAKAN PESERTA PROGRAM LESEN PERCUMA 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

CARA MOHON LESEN PERCUMA B2

Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
  2. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
  4. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
  5. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

Catatan: permohonan adalah terhad mengikut kuota yang telah ditetapkan.

TARIKH BUKA PERMOHONAN LESEN PERCUMA

Program akan dijangka akan berlangsung pada Februari sehingga Oktober 2025 seperti tahun sebelumnya. Namun, tarikh rasmi masih belum diumumkan dan biasanya pendaftaran akan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan penuh.

Tarikh permohonan adalah berbeza bagi setiap Negeri masing-masing, pemohon hendaklah menyemak Portal Rasmi JPJ dari semasa ke semasa untuk permohonan di Negeri masing-masing untuk memastikan pemohon tidak terlepas untuk mendapatkan bantuan lesen percuma 2025.

Jumlah kuota belum lagi diumumkan secara rasmi oleh JPJ dan maklumat terkini akan dikemaskini oleh setiap Negeri masing-masing.

BORANG PESERTA PROGRAM LESEN PERCUMA

Borang Lesen Memandu Percuma B2 adalah seperti berikut:

INFO TAMBAHAN PROGRAM BANTUAN LESEN PERCUMA

Berikut merupakan maklumat penting yang perlu dipatuhi peserta untuk mengemukakan permohonan bantuan.

  • Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta sendiri DAN TIDAK TERMASUK di dalam pakej bantuan ini.
  • Perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Wajib untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/

1 thought on “BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment